Custom Search

Saturday, June 26, 2010

Takafulink Plan

KONSEP TAKAFUL
Takaful ialah satu konsep saling membantu yang berdasarkan prinsip-prinsip perkongsian tanggunggungjawab, kerjasama dan kepentingan bersama. Setiap peserta akan memberi sumbangan berasaskan Tabarru’ (derma) ke dalam dana yang akan digunakan untuk membantu peserta tersebut serta peserta-peserta lain pada masa yang diperlukan.

Dapatkan Kefleksibelan untuk
Menguruskan Keperluan Anda
yang Sentiasa Berubah

Hakikatnya adalah keperluan kita berubah dengan masa. Apabila keperluan berubah, keutamaan juga akan berubah. Apa yang penting adalah untuk menguruskan keperluan kewangan anda mengikut keutamaan anda. Pelan Takafulink Prudential BSN (PruBSN) adalah pelan Takaful keluarga berkaitan pelaburan berasaskan Shariah yang dirangka untuk menangani perjalanan
hidup yang tidak dapat diduga. Ia juga membolehkan anda menguruskan kehidupan anda dengan penuh kefleksibelan. Dengan mentaati nilai-nilai yang tersedia
ada, pelan ini juga membolehkan anda mengawal perjalanan hidup anda dengan lebih teratur.


Bagaimanakah Pelan
TAKAFULINK Dapat
Memanfaatkan Saya?

Untuk Perlindungan Anda Kami akan membantu anda merancang paras perlindungan yang sesuai bagi anda berdasarkan apa yang ditawarkan oleh pelan Takafulink.

Pelan Yang Memberi Anda Lebih Kefleksibelan1
 

  • Pelbagaikan amaun perlindungan Takaful bagi kematian dan hilang upaya tanpa menjejaskan sumbangan anda. 
  • Tingkatkan liputan Takaful anda dengan menambah manfaat penyakit kritikal, kemalangan, perubatan, hilang upaya dan manfaat tambahan yang lain. 
  • Wujudkan satu dana persaraan yang mantap dengan memilih mana-mana dana Takafulink yang mendapat kelulusan Shariah dan yang dapat memberi pulangan lebih tinggi dalam jangkamasa panjang berbanding dengan akaun simpanan bank. 
  • Anda boleh menukar pelaburan anda di antara mana-mana dana Takafulink yang mendapat kelulusan Shariah pada bila-bila masa. Jumlah minimum yang boleh ditukar adalah RM1,000. 
  • Anda boleh mengeluarkan wang anda pada bila-bila masa untuk keperluan anda. Pengeluaran yang minimum adalah RM500. Kemudahan ini tersedia sekiranya nilai dari baki unit adalah sekurang-kurangnya RM1,000. 
  • Sijil ini melayakkan anda menerima pengecualian cukai individu sehingga RM6,000 setahun.

Siapakah Yang Layak Untuk Mengambil
Pelan TAKAFULINK?

Sesiapa yang berumur di antara 19 dan 60 tahun layak menyertai pelan ini. Anda
juga boleh mengambil pelan untuk anak anda yang berumur di bawah 19 tahun.

Bagaimanakah Boleh Saya Bermula?
Pertama sekali, pastikan keperluan perlindungan anda, seperti perlindungan asas
dan lain-lain manfaat opsional dan tambahan. Kemudian, tentukan amaun yang
anda mampu ketepikan setiap bulan.

Manfaat Asas
Kematian:
Kami akan membayar jumlah yang dilindungi dan nilai baki di dalam
Akaun Unit Peserta (PUA)2, Akaun Khas Individu (ISA)3 dan Akaun Unit Pelaburan
(IUA)4 sekiranya berlaku kematian. Jika kematian disebabkan oleh bunuh diri
pada tahun pertama sijil, manfaat kematian tidak akan dibayar, namun nilai baki
di dalam PUA, ISA dan IUA akan dikembalikan.

Hilang Upaya Kekal dan Menyeluruh (TPD):
Jumlah perlindungan akan dibayar
jika berlaku Hilang Upaya Kekal dan Menyeluruh kepada peserta sekiranya beliau
belum mencapai umur 60 tahun. Unit-unit di dalam PUA dan IUA serta nilai ISA
akan kekal di dalam akaun anda. Kami tidak akan membayar manfaat ini sekiranya
ia disebabkan oleh:
  • percubaan membunuh diri atau kecederaan yang dilakukan sendiri semasa siuman atau tidak siuman.
  • penglibatan dalam penerbangan udara (termasuk payung terjun dan penerjunan udara) selain daripada sebagai anak kapal atau penumpang yang membayar tambang di atas kapal terbang pembawa penumpang komersial yang berlesen dan beroperasi dalam laluan yang berjadual.

Sekiranya anak anda meninggal dunia atau mengalami TPD sebelum berusia
5 tahun, kami akan membayar sebahagian Jumlah Dilindungi seperti berikut:


PUA adalah akaun di mana unit-unit diperuntukkan, berdasarkan amaun
berkaitan sumbangan yang dibayar.
3 ISA adalah akaun di mana sumbangan manfaat tambahan diperuntukkan.
4 IUA adalah akaun yang diunitkan di mana Takaful Saver dan sumbangan
tambahan tunggal diperuntukkan.

Dana-Dana TAKAFULINK
Pilihlah dana-dana Takafulink yang diluluskan oleh Shariah yang dapat memenuhi keperluan pelaburan dan daya toleransi risiko anda.

Takafulink Dana Bon
  • Bertujuan untuk memberi pengumpulan dana dalam jangkamasa sederhana ke panjang melalui pelaburandi dalam sekuriti Shariah yang diluluskan.
  • Untuk para peserta yang inginkan risiko rendah ke sederhana dan ingin melabur di dalam jangkamasa sederhana ke panjang.

Takafulink Dana Urus
  • Ini adalah satu dana yang diuruskan untuk memaksimumkan pulangan di dalam jangkamasa sederhana ke panjang. Ia dicapai dengan pelaburan di dalam saham dan sekuriti berasaskan Shariah melalui Takafulink Dana Ekuiti dan Takafulink Dana Bon serta dana-dana Takafulink yang lain yang mungkin disediakan di masa hadapan.
  • Dana ini adalah untuk para peserta yang mempunyai daya toleransi sederhana ke tinggi dan ingin melabur di dalam jangkamasa sederhana ke panjang.

Takafulink Dana Ekuiti
  • Bertujuan untuk memaksimumkan pulangan di dalam jangkamasa sederhana ke panjang melalui pelaburan di dalam saham Shariah yang diluluskan dan yang tersenarai di Bursa Malaysia.
  • Untuk para peserta yang mempunyai daya toleransi risiko tinggi dan ingin melabur di dalam jangkamasa sederhana ke panjang.

Takafulink Dana Ekuiti Dinasti
  • Bertujuan untuk memberi pulangan dana dalam jangkamasa panjang dengan melabur di dalam pelaburan Shariah melalui pendedahan ke China dan wilayah sekitarnya.
  • Untuk para peserta yang mempunyai daya toleransi risiko tinggi dan ingin melabur di dalam jangkamasa sederhana ke panjang.

Lebihan Pengunderaitan & Perkongsian
Keuntungan Pelaburan

Setiap peserta layak menerima 70% daripada lebihan pengunderaitan dari Dana
Tabarru’, sekiranya ada, manakala baki 30% akan diperuntukkan sebagai Rizab
Luar Jangkaan di dalam Dana Tabarru’ tersebut. Lebihan pengunderaitan ini
akan diagihkan kepada para peserta dengan mengkreditkannya ke dalam ISA
dan melalui pembelian unit tambahan di dalam PUA. Keuntungan pelaburan dari
Dana Tabarru’ dan ISA akan dikongsi di antara para peserta dan PruBSN pada
kadar 70:30.

Nota Penting 
  • Produk takaful ini terikat dengan prestasi aset-aset asas. Ia bukan satu produk pelaburan tulen seperti unit amanah. 
  • Sijil ini tidak akan memperuntukkan jumlah manfaat daripada Dana Tabarru’ pada penamatan, luput atau matangnya sijil ini. 
  • Manfaat dana pelaburan adalah berdasarkan prestasi sebenar dana itu dan ia tidak dijamin. 
  • Risiko pelaburan adalah ditanggung sepenuhnya oleh pemilik sijil dan manfaat yang diterima mungkin kurang daripada sumbangan yang disumbangkan di dana pelaburan. 
  • Sekiranya anda ingin meneruskan perlindungan takaful apabila anda berhenti membuat sumbangan kepada pelan ini, adalah penting untuk anda memberi kebenaran untuk memotong Tabarru’, Caj Perkhidmatan dan Caj Pengurusan Risiko bagi Manfaat Pilihan (sekiranya ada) dan Manfaat Perlindungan Tambahan (sekiranya ada) daripada akaun anda. Tanpa kebenaran ini, Manfaat Pilihan dan/atau Manfaat Perlindungan Tambahan yang telah anda pilih akan dihentikan walaupun terdapat unit yang mencukupi di dalam akaun anda

No comments:

Post a Comment