Custom Search

Saturday, June 26, 2010

PRUlink assurance plan


Lebih banyak pilihan, lebih tinggi
fleksibiliti, kawalan sepenuhnya

Sepintas lalu:
PRUlink assurance plan membolehkan anda:
  • Mempunyai PERLINDUNGAN MENYELURUH dan FLEKSIBILITI untuk setiap peringkat hidup anda
  • MEMPERTINGKATKAN pelan anda dengan pelbagai manfaat BARU dan LANJUTAN*
  • MEMPELBAGAIKAN PELUANG PELABAURAN anda

Pelan fleksibel yang membolehkan anda mengawal semula
hidup anda.

Salah satu daripada perkara yang kita pasti dalam hidup ialah keperluan kita akan
berubah sering kali dalam cara yang kita jarang sekali jangkakan. PRUlink assurance plan ialah pelan insurans yang anda cari-carikan. Ia bukan sekadar memberikan anda perlindungan komprehensif terhadap kemungkinan berlakunya
penyakit kritikal, ketidakupayaan, kemalangan dan kemasukan ke hospital, ia juga
menawarkan anda peluang pelaburan yang fleksibel. Anda berpeluang memilih mengikut kehendak setiap manfaat berdasarkan keperluan anda dan keluarga. Yang paling menarik, anda boleh memulakan pelan ini dengan jumlah minimum sebanyak RM100 sebulan!

Benarkan PRUlink assurance plan yang baru ini memberikan kawalan semula dalam
hidup anda!
* Dengan lampiran perlindungan opsyenal / tambahan dan tertakluk kepada premium tambahan.

Manfaat
PERLINDUNGAN MENYELURUH lagi FLEKSIBILITI untuk setiap peringkat hidup anda
PRUlink assurance plan memberi anda kawalan dan fleksibiliti untuk membeza dan memilih mengikut kehendak keperluan perlindungan dan pelaburan yang bersesuaian dengan semua peringkat hidup anda.

Bujang
Mulalah dengan pelan ringkas yang melindungi keperluan asas anda terhadap ketidakupayaan, penyakit kritikal, perubatan dan kemalangan. Anda juga boleh menambah satu amaun kecil untuk tujuan pelaburan.

Berumahtangga
Komitmen yang lebih tinggi memerlukan perlindungan yang lebih tinggi.Sampailah masanya untuk anda fikirkan tentang memulakan simpanan persaraan anda.

Ibu Bapa
Mengekalkan keperluan perlindungan yang tinggi yang diperlukan oleh anda dan keluarga di samping meningkatkan pelaburan untuk pendidikan anak anda. Ini merupakan tahun-tahun genting untuk menjamin penjagaan yang baik untuk anak anda sekiranya sesuatu yang tidak diingini menimpa diri anda.

Persaraan
Sejajar dengan komitmen yang lebih rendah pada hari-hari tua, manfaat perlindungan asas anda boleh dikurangkan manakala pelaburan anda dibiarkan bertumbuh. Benarkan perlindungan perubatan dan penyakit kritikal terus melindungi keperluan kesihatan anda.

MEMPERTINGKATKAN pelan anda dengan pelbagai manfaat BARU dan LANJUTAN*
Anda juga boleh mempertingkatkan pelan anda dengan pelan PRUhealth baru yang memberi anda perlindungan terhadap perbelanjaan perubatan utama dan memberi anda ganjaran Bonus Tanpa Tuntutan (NCB) apabila tiada tuntutan dibuat. Lebih-lebih lagi, dengan tambahan manfaat Multiple Crisis Protector, anda diberi perlindungan sehingga tiga tuntutan terhadap penyakit kritikal.

MEMPELBAGAIKAN PELUANG PELABURAN anda
Membina dana pelaburan yang mantap demi potensi pulangan yang lebih tinggi bagi jangka panjang melalui pemilihan untuk melabur dalam mana-mana dana PRUlink. Anda juga boleh memilih untuk membuat tokokan, pengeluaran** atau pertukaran** antara dana-dana bagi pelaburan anda pada bila-bila masa.

* Tertakluk kepada premium tambahan.
** Tertakluk kepada terma dan syarat.

No comments:

Post a Comment