Custom Search

Sunday, December 5, 2010

PruBSN Ummah


Memenuhi keperluan Rohaniah, Perlindungan dan Simpanan..
semuanya dalam satu!

Pelan PruBSN Ummah
Ramai di antara kita merancang perkara-perkara penting dalam kehidupan ini. Kita merancang untuk kehidupan yang baik dan kita turut merancang kesejahteraan untuk orang-orang yang kita sayangi. Dalam usaha mencapai kesejahteraan duniawi, sebagai umat Islam, kita seharusnya turut sama memastikan keperluan rohaniah dipenuhi.

PruBSN Ummah adalah satu pelan unik yang akan membantu anda mencapai
aspirasi anda untuk memenuhi kewajipan yang dituntut oleh agama. Ia bukan
sahaja melindungi dan menyediakan anda simpanan pada masa depan, malah
ia juga membantu anda sebagai seorang Muslim melalui ciri-ciri uniknya seperti
Elaun Haji, Badal Haji, Manfaat Berganda dan Penulisan Wasiat Islam.
Sebagai peserta, anda mungkin layak menerima bonus loyalti.
Dengan kesemua faedah istimewa ini, kami percaya bahawa PruBSN Ummah akan
membantu anda menumpukan perhatian terhadap aktiviti-aktiviti yang dapat
memenuhi keperluan rohaniah anda dan pada masa yang sama, memastikan anda
dilindungi.

PruBSN Ummah. Satu pelan yang memberikan anda tumpuan dalam persiapan
rohaniah – dunia dan akhirat.

Fakta-Fakta Penting:
Perbelanjaan Haji yang Tinggi
Perbelanjaan Haji di bawah Tabung Haji pada masa ini adalah RM9,880
manakala perbelanjaan Haji di bawah mana-mana Agensi Pelancongan Haji
memerlukan sekurang-kurangnya dua kali ganda jumlah tersebut.
(Risalah rasmi Tabung Haji, 2010)

Kepentingan Memiliki Wasiat
Diriwayatkan oleh Abdullah bin Umar bahawa Rasulullah SAW bersabda,
"Dilarang bagi seseorang Muslim yang mempunyai sesuatu untuk
diwasiatkan melengah-lengahkannya selama dua malam tanpa menulis
wasiatnya dan disimpan tersedia bersamanya."
(Sahih Bukhari)

Statistik Kematian Akibat Penyakit Kritikal
60% daripada kematian di Malaysia adalah disebabkan oleh kanser,
penyakit berkaitan dengan jantung dan pernafasan.
(WHO, 2009)

Manfaat-manfaat Haji/Umrah 
  • Manfaat Takaful Berganda akan dibayar sekiranya anda meninggal dunia atau disahkan hilang upaya kekal dan menyeluruh semasa menunaikan Haji/Umrah.
  • Kami akan memastikan bahawa kewajipan Haji anda ditunaikan sekiranya anda meninggal dunia atau disahkan hilang upaya sebelum anda sempat menunaikan Haji menerusi Badal Haji. 
  • Pengeluaran simpanan bagi perjalanan anda untuk menunaikan Haji/Umrah.

Bonus loyalti  
  • Sememangnya berbaloi untuk menjadi pelanggan setia kami! Anda akan diberi bonus loyalti sebagai Elaun Haji apabila anda menunaikan Haji sekiranya anda membayar sumbangan anda secara konsisten. 
  • Pelan ini juga menyediakan bonus loyalti apabila anda terus membayar sumbangan anda sehingga penghujung tempoh takaful anda atau sekiranya anda meninggal dunia atau disahkan hilang upaya kekal dan menyeluruh, tertakluk kepada terma dan syarat.

Jaminan kewangan sekiranya anda meninggal dunia atau disahkan hilang upaya kekal dan menyeluruh.
  • Menjamin keperluan kewangan masa depan untuk keluarga anda.
  • Memastikan tanggungjawab kewangan anda yang masih tertunggak dijelaskan.
  •  Wang tunai tambahan bernilai RM2,000 untuk manfaat Khairat Kematian.

Manfaat-manfaat Penyakit Kritikal
  • Melindungi anda apabila anda dikenalpasti menghidap penyakit yang boleh mengancam nyawa anda.

Tingkatkan simpanan anda 
  • Pengumpulan wang simpanan bagi menunaikan Haji, Umrah atau tujuan-tujuan lain. Walaupun setelah anda disahkan menghidap penyakit kritikal1, kami akan memastikan simpanan anda terus meningkat.
Lindungi masa depan orang-orang yang anda sayangi

  • Wariskan kekayaan anda kepada orang-orang yang anda sayangi menerusi penulisan wasiat Islam.

Apa yang anda perlu tahu tentang PruBSN Ummah

Apakah itu PruBSN Ummah?
PruBSN Ummah adalah satu pelan Takaful keluarga yang direka untuk membantu
memenuhi keperluan rohaniah umat Islam selain keperluan duniawi. Pelan ini menyediakan anda perlindungan dan simpanan, serta manfaat-manfaat yang akan membantu dalam pencarian rohaniah anda.

Siapakah yang boleh menyertai pelan ini?
Pelan ini adalah untuk mereka yang berumur di antara 19 - 60 tahun pada hari jadi berikutnya yang mahukan satu pelan yang bukan sahaja memberikan mereka perlindungan dan simpanan, tetapi juga membantu mereka menunaikan kewajipan yang dituntut oleh agama.

Apakah itu bonus loyalti dan elaun Haji, dan bagaimanakah saya boleh mendapatkannya?
Bonus loyalti adalah manfaat khas untuk anda kerana menjadi pelanggan kami yang setia. Bonus loyalti anda ditentukan berdasarkan peratus sumbangan anda yang semakin meningkat sekiranya lebih lama anda berada dalam pelan ini. Anda akan menerima bonus loyalti anda apabila anda:
  • Menunaikan Haji (sebagai Elaun Haji), atau
  • Hidup sehingga ke akhir tempoh pelan ini, atau
  • Disahkan hilang upaya kekal dan meyeluruh, atau 
  • Meninggal dunia

Bonus loyalti yang anda terima sebagai Elaun Haji boleh digunakan sama ada sebagai wang saku setelah anda menerima pengesahan untuk menunaikan Haji,atau ia juga boleh digunakan untuk memastikan keperluan kewangan orang-orang yang tersayang terjamin semasa anda menunaikan Haji.

Selain itu, bonus loyalti anda akan terus meningkat walaupun anda telah menggunakannya sebagai Elaun Haji selagi anda terus membayar sumbangan anda. Bonus loyalti tersebut akan dibayar tertakluk kepada peristiwa-peristiwa yang dinyatakan di atas.

Bagaimanakah saya mengaturkan Badal Haji?
Sekiranya anda meninggal dunia atau disahkan hilang upaya kekal dan menyeluruh
sebelum sempat menunaikan Haji, kami akan menguruskan apa yang perlu supaya Badal Haji ditunaikan bagi pihak anda. Kami akan membayar RM3,000 kepada penama yang dilantik oleh anda (sebaiknya waris yang terdekat berumur 18 tahun dan ke atas) atau kepada Tabung Haji Travel & Services agar mereka dapat menunaikan Badal Haji bagi pihak anda.



Bagaimanakah saya boleh meningkatkan lagi perlindungan PruBSN Ummah?
Anda boleh meningkatkan perlindungan PruBSN Ummah anda menerusi plilihan-pilihan berikut dengan sumbangan tambahan.

Crisis Shield
Memberikan anda sebahagian daripada jumlah perlindungan asas sekiranya anda dikenalpasti menghidap penyakit kritikal yang dilindungi.

Contributor
Membayar sumbangan PruBSN Ummah Takaful tahunan anda sekiranya anda dikenalpasti menghidap penyakit kritikal yang dilindungi.

Bagaimanakah saya boleh mendapat manfaat daripada perkhidmatan Penulisan Wasiat Islam?
Kami akan menyediakan semua urusan yang perlu dilakukan supaya wasiat anda dibuat tanpa sebarang kesukaran. Wasiat anda akan diuruskan oleh Amanah Raya Berhad. Anda
hanya perlu membayar yuran yang hanya dikenakan sekali sahaja untuk perkhidmatan ini.


Berapakah yang perlu saya sumbangkan untuk pelan ini?
Sumbangan bulanan minimum adalah RM50. Walau bagaimanapun, sumbangan sebenar anda akan bergantung kepada berikut:
  • umur anda     
  • jumlah dan terma perlindungan anda
  • status kesihatan anda
  • jantina anda
  • pekerjaan anda (jika berkenaan)
  • kaedah pembayaran anda
  • kekerapan pembayaran anda sama ada setiap bulan, suku tahun, setengah tahun atau setiap tahun
 
Pengecualian
  • PruBSN Ummah tidak melindungi situasi-situasi berikut. Sekiranya salah satu daripada situasi berikut berlaku, manfaat-manfaat yang ditawarkan di bawah pelan ini tidak akan dibayar kepada anda.
  • Jika berlaku kehilangan nyawa akibat bunuh diri dalam tempoh satu tahun dari tarikh permulaan perlindungan.
  • Jika berlaku kehilangan nyawa akibat bunuh diri semasa Haji atau Umrah bagi tujuan mendapatkan manfaat Takaful berganda.
  • Jika hilang upaya kekal dan menyeluruh berlaku akibat percubaan membunuh diri dan mencederakan diri sendiri.
  • Jika hilang upaya kekal dan menyeluruh berlaku kerana anda terlibat di dalam aktiviti udara berbahaya (termasuk payung terjun dan penerjunan udara) melainkan anda adalah sebahagian daripada anak kapal atau penumpang yang membayar di dalam pesawat komersial berlesen yang beroperasi pada laluan biasa dan ditetapkan.
  • Jika anda tidak mendedahkan maklumat penting seperti sebarang penyakit yang telah anda hidapi sebelum ini dan sebagainya semasa anda memohon pelan ini.
Perlindungan Crisis Shield dan Contributor tidak melindungi situasi-situasi berikut.
Sekiranya salah satu daripada situasi berikut berlaku, manfaat-manfaat yang ditawarkan di bawah pelan ini tidak akan dibayar kepada anda.

  • Jika tanda-tanda penyakit kritikal adalah ketara dalam tempoh yang dinyatakan dari tarikh permulaan sijil4.
  1. 60 hari bagi serangan jantung, penyakit jantung arteri koronari yang memerlukan pembedahan, kanser atau penyakit-penyakit jantung arteri koronari serius lain.
  2. 30 hari bagi mana-mana penyakit kritikal lain.
  • Jika penyakit kritikal tersebut merebak daripada keadaan yang telah pun wujud sebelum ini.
  • Jika penyakit kritikal tersebut disebabkan secara langsung atau tidak secara langsung daripada AIDS yang diperoleh atau sebarang jangkitan HIV, kecuali bagi AIDS yang menyeluruh atau disebabkan oleh pemindahan darah.
4Tertakluk pada terma dan syarat. Sila rujuk kepada dokumen sijil untuk maklumat lanjut.

 
 
 
 



No comments:

Post a Comment